About Us

ONERY TRADING

Onery Trading adalah syarikat milik penuh Melayu Bumiputera yang telah didaftarkan pada 28 Desember 2004. Syarikat ini juga telah didaftarkan diatas nombor pendaftaran NS0002075-W di Seremban, Negeri Sembilan. Syarikat ini adalah pemilik dan pengasas bagi formula produk kosmetik berasaskan HERBA DAN NATURAL .

Sebagai perintis dalam industri ini, syarikat telah memainkan peranan utama dalam mempromosikan jenama LGM3 BEAUTY CARE dalam pasaran Malaysia, seterusnya ke rantau Asia. Ini membantu kami berkembang sebagai jenama yang mantap dan dikenali di negara ini dan juga serantau. Selaras dengan permintaan yang semakin meningkat, syarikat sentiasa sedar akan keperluan untuk terus memainkan peranannya sebagai perintis.

MISI

Misi syarikat ini adalah untuk menjadikan jenama LGM3 BEAUTY CARE dan produk-produk kami seiring dengan jenama dan produk-produk terkemuka malah ingin menjadi lebih tinggi daripada mereka selaras dengan kualiti produk kami dimana LGM3 BEAUTY CARE kami menggunakan seratus peratus natural alam semulajadi.

Kami juga mengutamakan pelanggan dimana pepatah mengatakan “Customers always right” dan memberi kepuasan sepenuhnya kepada pelanggan kami.

VISI

Onery Trading mempunyai Visi untuk produk jenama ini iaitu mahu memperluaskan rangkaian pengedar produk kami diseluruh malaysia malah diseluruh Asia. Disamping itu kami juga perlu memperbanyakkan kursus , seminar, dan bengkel-bengkel bagi memantapkan lagi kualiti produk ini.

Syarikat juga mahu menjadi pembimbing niaga bagi usahawan-usahawan yang ingin menceburi bidang kosmetik ini seiring dengan teknologi terkini berasaskan herba dan organik seratus peratus.

Syarikat ini juga mengutamakan pelanggan dan akan sentiasa mengekalkan kesetiaan bersama pelanggan dan akan mengurangkan peratusan kesalahan pengendalian secara progresif.

SYARIKAT 100% BUMIPUTRA MALAYSIA.
PRODUK KOSMETIK BERASASKAN HERBA DAN NATURAL.TANPA PARABEN TANPA SLS / SLES TANPA ALKOHOL TANPA PEWANGI SINTETIK TANPA PEWARNA SINTETIK.MESRA SOLAT MESRA WUDUK TANPA BAHAN HAIWAN MESRA ALAM.

©LGM3 Biotech 2019 all right reserved to Domes Marketing Sdn Bhd